.:: Followers..Thanks ::.

Thanks Nuffnang

Selasa, 31 Januari 2012

Sayang Mak..




mak...
tiba2 teringat dengan mak..
semalam mimpi mak..
mak masakan gulai..
gulai tu kari la..orang utara panggil gulai..;)
sebab pa mimpi mak..
kalau kata lama xjumpa tiap2 bulan mesti sampai jugak kampung..
maybe sebab malam semalam ada pegi rumah kakak..
dekat jugak la dengan rumah..dia tengah masak gulai..
hurmmm...


dah ada 2anak ni selalu terpikirkan mak..
macam mana mak bleh jaga anak yang ramai..
7orang semua anak2 mak..
2 anak teruna  n 5 anak dara..

dari kecik mak xpernah marah2 kat anak2 mak..
kalau marah pon bising2 kejap ja..

bleh x saya jadi macam mak..
sabar..



 mak yang sentiasa tersenyum..;)




mak selalu cerita pasal kami adik beradik waktu kecik2..;)
perkataan susah menjaga xpenah pon mak cakap..
hakikatnya..7 orang anak 7 perangai yang berbeza..








mak dengan anak2 perempuan mak..
ramai yang cakap muka kami semua macam mak..
kalau mak senyum nampak ceria ja..
tahun ni mak 60tahun..
tetap nampak muda..masih cantik..
bagi kami mak xpernah berubah..
alhamdulilah..mak masih sihat..
tapi sebulan dua ni mak selalu cakap kalau mengaji kadang2 xnampak huruf..
mungkin mata mak dah ada masalah..
mak kena buat spek la camni..;)










 anak2 n cucu2 mak..masih xcukup corum ni..
anak sulung mak tahun ni dah 37 tahun dan yang paling bongsu 22 tahun.
dah pandai berdikari..
dah berjaya jadi insan berguna..
dah ada yang berkeluarga..
dah ada 7orang cucu.. terbalik plak..5 lelaki 2 perempuan..
mak tetap mak yang sama..;)


harap saya tabah mendidik anak seperti mak..
tiada bantuan sesiapa hanya suami tersayang menemani..


terima kasih mak melahirkan saya, mendidik saya..;)
sayang mak..




Isnin, 30 Januari 2012

minyak recycle?




cerita pasal kerja..
alkisah pasal minyak masak recycle..
aduan yang pihak kesihatan terima, 
ada pihak tertentu yang membeli minyak yang dah expired 
dan yang telah digunakan dari restoran2 dan kedai2 makanan untuk direcycle kembali..
hati2 semua!!!
tapi kesahihan belum terjawab lagi..
brand apa?syarikat mana yang buat semua kerja ni?

aduan dah diterima dan kami pon jalankan siasatan..
jumpa lori yang diadukan..
so tahan bawak balik ofis..(guna kuasa menahan - macam polis plak..huhu)
sebab dah malam..





antara minyak2 yang dah expired yang kami jumpa dalam lori tersebut..



















pelbagai jenama minyak masak yang dibeli..
kira semua yang ada ikut kategori untuk direkodkan dalam borang rampasan.







 minyak didalam tong besar ni antara minyak yang telah digunakan di restoran2..
walaupun dah digunakan tapi nampak clear lagi warnanya..
ambik sampel n hantar test kat lab..
sampel ni hantar kat Universiti Putra Malaysia, Bangi.





bukan setakat ni ja..
lori ni dilepaskan sebab xboleh nak buktikan betul ke minyak yang dibeli akan direcycle semula..
so kena follow lori ni sampai tempat pemprosesan la..


persoalannya?
betul ke minyak ni direcycle..

syarikat ni sebenarnya menjalankan pembuatan sabun dan sebagainya..
berdasarkan bukti yang dijumpai di syarikat tersebut..
semua akan dieksport ke negara thailand..
tiada minyak yang direcycle untuk dijadikan minyak masak semula..

tapi ada kemungkinan x ada syarikat lain yang buat macam ni 
untuk recycle jadikan minyak masak semula?
setakat ni kami xjumpa lagi..

siasatan yang dijalankan mesti lengkap 
aduan yang diterima macam2..
sampaikan kami dah siasat aduan..
pihak yang buat aduan masih tidak berpuas hati dengan keputusan aduan tersebut.
bila xpuas hati lagi kami pulak yang diadukan di SPR..
katanya kami xjalankan tugas dengan betul..
buat berpuluh-puluh aduan pon xkesah la..
kami jalankan semua siasatan berekod..bukan main siasat2 ja..

hmm..bagus bila semua dah alert pasal makanan ni..
buat aduan kami siasat n bantu jika betul2 ada masalah..
tapi yang xbagusnya..
bila buat aduan nak jatuhkan sesebuah syarikat terbabit..
fikir2 kanlah..



*letih dengan kerenah pengadu..hukhuk..


Jumaat, 27 Januari 2012

Maimi?..Jauhnya..



bukit dah, taman bunga dah..
so dah petang kita layan pantai la plak..
miami bay..macam jauh jer bunyinya..hihi
miami bay ni kat batu feringgi ja..;)


kali pertama seri nur iman jejak kaki ke pantai..
bukan main lagi..
enjoy..



























hihi..geli kaki agaknya..




ibu pon teringin ak mandi pantai la..hukhuk..














tengok gelagat abg a'isy plak..xnak mandi pantai..
takottt katanya..
hanya mampu main pasir je..hrmm..





















 cubaan abah memujuk seri..xmenjadi jugak..haha..




 atok ngan nenek pon nak posing jugak..;)












macam2 ngan seri nie.. rock bebeh..yeyee..



snap la pic kat sini sebelum balik..
abga'isy dah nanges sebab xbelikan dia pelampung..
ala malas nak beli lagi..kat rumah pon dah ada..
ibu pon dah serabut gila..haha..
hurrmm..anak2 punya pasal layan jela..
bila lagi kan nak layan..cuti2 ni la..



okey dah abes..nanti sambung lagi..
balik rumah rest dulu..;)






Khamis, 26 Januari 2012

next..Penang Botanical Gardens




dari bukit bendera penang hill kitaorang gerak ke botanical gardens..
kalau kat sini orang panggil waterfall ja..
kali ni xla ramai orang sangat..
maybe tengahari lagi..
kalau petang best skit..sejuk ja..
tapi dah sampai dah ronda jela kan..








panasnya...






abg a'isy takut ngan monyet..;)
















dapat naik train kecik ni okey la..
harap jalan kaki je xleh round satu taman bunga la jawabnya..






seri nur iman yang keletihan..











 










this tree call cannon ball tree - sangat unik kan..


















terpaksa berpayung la..hihi..





 abg a'isy yang pantang nampak jentera..
nak naik ja memanjang..





















 okey..dah tengahari..
kita lunch..
ingat nak lunch kat kedai makan ayam ros..
nama apa kedai tu ek..xingat la..
my husben suka makan kat situ..famous jugak..
sedap tau..
tapi tutup la plak..huhu..

so makan nasi kandaq jela..

pas makan terus menuju pantai miami,batu feringgi..;)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Haii!! Saya A'isy Hafiey

Haii!! Saya A'isy Hafiey

Hai!! Saya Seri Nur Iman

Hai!! Saya Seri Nur Iman

Hai!! Saya Annur Aisyatul Afiqah

Hai!! Saya Annur Aisyatul Afiqah