.:: Followers..Thanks ::.

Thanks Nuffnang

Khamis, 25 Oktober 2012

selamat hari raya aidiladha!!


salam semua..n selamat pagi..

esok dah raya!! saya masih diofis ler..
xpe tahun ni raya haji dikampung saya di kedah..
so..balik malam ni pon sempat..jimat cuti ler katakan..;)

raya ni kak long saya buat korban lagi seekor lembu..
murah rezeki dia..tiap2 tahun dapat buat korban..
so saya berkesempatan jugak untuk buat aqiqah untuk seri..
kesian anak ibu asyik tertangguh ja nak buat aqiqah..
so tahun ni harapnya setel n hope semuanya berjalan dengan lancar..

eh..lupa nak tanya..
apa pengorbanan yang korang semua lakukan?
saya plak?apa pengorbanan yang saya lakukan?
ermm..;)
harapnya berkorban ke arah kebaikan dan dapat memberi manfaat pada semua..
okeyler semua..
saya ucapkan selamat hari raya aidiladha!!!





 bleh baca ni..saya copy n paste..;)
Amalan 10 Hari Pertama Zulhijjah
Berikut ini beberapa jenis ibadah yang disyariatkan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.

l. Melaksanakan Ibadah Haji & Umrah

Menunaikan sebaik-baik amalan iaitu ibadat haji dan umrah. Amal ini adalah yang paling utama, berdasarkan sebuah hadis;

Rasulullah SAW bersabda:

العمرة الى العمرة كفارة لمابينهما, والحج المبرور ليس له جزاء الا الجنة.
“Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara kedua-duanya dan haji yang baik (mabrur) tiada baginya balasan melainkan syurga.”

(Muttafaq alaih dari Abu Hurairah)

2. Berpuasa Pada Hari Arafah.

Berpuasa 1-9 Zulhijjah dan yang paling utama adalah pada tarikh ke-9, iaitu puasa Hari Arafah bagi umat islam yang tidak sedang melaksanakan ibadah haji. Puasa ini menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

عن ابي قتادة قال: سئل رسول الله عن صوم يوم عرفة? فقال: يكفر االسنة الماضية و الباقية
Dari Abu Qatadah, ia berkata: Rasulullah SAWpernah ditanya perihal berpuasa pada hari ‘Arafah. Maka Baginda menjawab, “Dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelum dan sesudahnya.” (HR. Imam Muslim)

3. Memperbanyak Zikir dan Takbir

Firman Allah SWT dalam Al-Hajj: 28:

و يذكر وا اسم الله فى أيام معلومت
“… Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan …” .

Para ahli tafsir menafsirkannya dengan 10 hari dari bulan Zulhijjah. Kerana itu, para ulama menganjurkan untuk memperbanyak zikir pada hari-hari tersebut.

4. Memperbanyakkan Membaca Tasbih, Tahmid, Takbir Dan Tahlil

Perbanyakkanlah bertasbih (Subhanallah), Tahmid (Alhamdu Lillah), Takbir (Allah Akbar) dan Tahlil (La Ilaha Illa Allah) .

Dari Ummu Hani ra dia berkata: “Suatu ketika Rasulullah SAW melalui dihadapanku. Lalu saya berkata, “Ya Rasulullah SAW saya sudah tua dan lemah. Beritahukanlah padaku suatu amalan agar dapat saya kerjakan sambil duduk.” Baginda bersabda: “Bacalah Subhanallah 100 kali, itu seimbang bagimu dengan memerdekakan 100 orang budak dari keturunan Ismail. Bacalah Alhamdulillah 100 kali, itu seimbang bagimu dengan mensedekahkan 100 ekor kuda yang bercahaya dan terkawal yang disedekahkan di jalan Allah. Bacalah Allahu Akbar 100 kali, itu seimbang bangimu dengan menyembelih 100 ekor unta yang dikorban dan diterima di sisi Allah SWT. Dan bacalah Laa ilaaha illallah 100 kali.” Abu Khalfin berkata aku kira pahalanya akan memenuhi antara langit dan bumi, dan tidak ada yang melebihinya darimu kecuali orang yang mengamalkannya melebihimu. (HR. Ahmad)

5. Bertaubat Dan Meninggalkan Segala Maksiat dan Dosa

Tidak ada satu manusia biasa pun yang terlepas dari dosa dan maksiat, hal ini merupakan sunnatullah. Di antara yang dapat menghapuskan dosa dan maksiat adalah dengan bertaubat dan istighfar. Rasulullah SAW bersabda:

لو لم تذنبوا لذهب الله بكم و لجآء بقوم يذنبون ثم يستغفرون فيغفرلهم
“Seandainya kamu tidak pernah berbuat dosa, pastilah Allah membinasakan kamu dan akan didatangkannya suatu kaum yang melakukan dosa, lalu mereka beristighfar dan Allah pun mengampuni mereka.” (HR. dari Abu Ayyub Al-Ansari)

6. Mengumandangkan Takbir

Bertakbir pada hari-hari yang mulia di waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan solat fardu yang dikerjakan secara berjemaah.

Bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji, takbir bermula dari Subuh hari Arafah (9 Zulhijah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijah). Semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari 13 Zulhijah.

Disyariatkan pada hari-hari tersebut untuk ‘Takbir Muthlaq’, iaitu pada bila-bila masa sampai pelaksanaan Solat Sunat Aidil Adha.

Dan disyariatkan juga ‘Takbir Muqayyad‘, iaitu yang dilakukan setiap selesai solat fardhu berjemaah. Bermula daripada Subuh Hari ‘Arafah hingga Asar akhir hari-hari Tasyrik.

Adapun lafaznya:

الله اكبر الله اكبر (الله اكبر), لاإله الا الله, الله اكبر الله اكبر و لله الحمد

Imam Ishaq meriwayatkan bahawa fuqaha (ahli fikah) di kalangan tabien (generasi selepas sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari itu “Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu”.

7. Mendekati Allah SWT

Sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah dan menjauhi larangan-Nya serta mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

8. Memperbanyakkan Berbuat Amalan Soleh

Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya. Hal ini kerana semuanya akan digandakan pada hari itu.

9. Melaksanakan Solat Sunat Aidil Adha

Menunaikan solat hari raya secara berjemaah dan mendengar khutbahnya.

•Nabi SAW selalu melakukan solat Aidil Adha di setiap kedua-dua hari raya, secara berjemaah dan tidak pernah meninggalkannya sekalipun, bermula dari disyariatkannya sampai beliau wafat.
•Baginda memerintahkan kepada kaum kaum muslimin dan muslimat untuk turut melaksanakannya, bahkan wanita yang sedang haid pun disarankan untuk menghadiri tetapi tidak melakukannya.

10. Menyembelih Haiwan Korban

Mengerjakan amalan korban pada Hari Raya Haji dan Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah). Ia adalah sunnah (amalan) Nabi Ibrahim AS selepas Allah SWT mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya, Nabi Ismail AS tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Tiada satu amalan yang paling dicintai Allah SWT. daripada Bani Adam a.s ketika Hari Raya Aidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.” (Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.)

Begitu besar keutamaan 10 hari pertama bulan Zulhijjah, semua amal soleh yang dikerjakan pada hari itu lebih dicintai Allah daripada hari-hari yang lain. Jangan sampai disia-siakan peluang ini… Maka marilah kita ikhlaskan niat dan perbanyakkanlah amal soleh dengan mengikuti ibadah-ibadah yang disyariatkan tersebut.

Isnin, 15 Oktober 2012

hafiey so x-cited lah..


salam semua..
hope semua sentiasa ceria..

weekend baru2 ni kami jalan2 penang hill;)
xplan pun tiba2 ja ckp terus pegi..
sebab xpenah lagi try naik train yang baru..
xpela dekat je..nak prepare apa sangat kan.
yang penting duet n sesalinan baju anak2(wajib bila pegi mana2..hihi..;)

alkisahnya bila bagitau kat hafiey nak naik train apa lagi syiookk abes la dia..
maklum la xpenah merasa naik train lagi..

hafiey..'ibu ibu kita nak nek ketapi kan?'
xsempat ibu jawab ye dah ada jawapan pon..
hafiey..'yeayea..kita nak naik ketapi..'
hafiey..'ibu beli tiket dulu tau'
aik tau2 ja..sebab ibu selalu ckp kat dia camtu time dia tanya bila nak naik ketapi, bas, or sebagainya..
  ibu..'nak naik ketapi,bas,kapalterbang kena la beli tiket dulu..nanti kita beli tiket n naik na'
haaa...alih2 dia dah tau la jawapan tu..hihi..

pose2 hafiey time beratur nak beli tiket..;)
x-cited tu!!







senyum meleret..;)
















dapat jugak duduk..
fuh ramai la orang..ari weekend biasa ja pon..
kalau hari cuti apa2 fuhhh pikir 10kali nak beratur beli tiket n bersesak2..



terdiam seketika coz laju ketapi ni naik bukit..;)
dalam 5-10minit dah sampai atas..
fully acon plak tu..xla panas bersesak2..



cuak ke hafiey?haha..



okey finally dah sampai atas pon..;)



ni la tren yang baru tu..
okey la banyak perubahan n jadi lebih better..;)

nanti entry cita satu family lak yer..

okey daaa...

Rabu, 3 Oktober 2012

Selagi Kau Maih Percaya..




Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini

# aizat - Sungai Lui..






Selasa, 2 Oktober 2012

Bonuslink redeem on the spot at shell



salam semua..selamat pagi yang xberapa nak pagi nih..;)
arini datang keja lewat la..
kul 8 tadi abah dah hantar hafiey ngan seri ke taska..
so ibu pon memulakan keja2 rumah yang tertangguh..
basuh baju..sidai baju kat luar (arini cuaca panas)
basuh pinggan mangkuk, susun segala bagai..
sapu sampah..n mop..
simpan mainan hafiey ngan seri yang bersepah tu..huhu..

n then mandi2 baru datang keja..
ondaway datang keja singgah dobi dulu..
nak cuci comfoter n toto..
dah setel tiba2 terperasan ada kedai kek baru baru..
layan dulu..haha..
alahai terjebak ngan apam polkadot yang comey lote tu..
apa lagi siap beli barang2 nak buat apam polkadot..
masalahnya bila nak dibuatnya tu?haha..

pastu singgah maybank jap nak masukkan cek deposit..
takaful insurans punya..
kereta n motor..
bleh la tiap2 tahun dapat balik skit daripada insurans yang xdiclaim tu..

dah setel teringat nak isi minyak..
singgah la shell..
memang selalu isi minyak dekat shell..
sebab bleh guna bonuslink..ada jugak point kan..
lagi satu suka pergi shopin mopin at parkson bleh jugak guna bonuslink..;)

lama xredeem bonuslink ni..
pakai dah lama dah..
masa tengah isi minyak terpandang banner redeem on the spot at shell..
try suh casher check..
ada dalam 5000 point..
oh dah banyak rupanya..;)

so tengok la barang2 kat shell tu..
ada bag, botol air, payung, towel n macam2 lagi..
bag untuk 2000 ++ n botol air tuk 1900 kalau xsilap la..
so cukup la kan..
yang lebih bleh simpan lagi..;)



ni la barangnya..;)
 senang ja nak redeem..
tunjuk kad n then bagi no.ic 
sign borang then dapat barang..
kejap ja..sambil2 isi minyak pon sempat..

 fuhh penat acara sepanjang pagi ni..haha..
sampai ofis kul 10.30..haha..;)

okey..jumpa lagi..



Isnin, 1 Oktober 2012

Bajet 2013..Bonus. alhamdulillah..;)


aduh..
masing2 tersenyum yer..
maklum la bajet dah dibentangkan..

apa yang saya dapat?
biasa la gomen dapat bonus sebulan setengah gaji..
lagi sebulan ja lagi..
akan dibayar bulan disember n januari nanti..
alhamdullilah rezeki..
bleh pi melancong ler nanti..hihi..

rebat RM 200 plak untuk telefon pintar saya layak ke x?
hihi..kalau layak pon nak ke beli..

apapun bajet ni untuk semua..
alhamdulillah..;)

tengok2 kat sini yer bagi yang belum tahu kesemua isi bajet yang dibentangkan.. 

Apa yang dah terlepas?


sejak mei dulu x membebel kat blog ni..
september baru nak start balik..
dekat 3 bulan jugak lah meninggalkan diari ku ini..
walaupun dah tahu memang xde yang rindu..hihi..;)

sebab apakah..?

uih memang bersebab..

1. paling besar - Cik M..Malassss...
2. xbleh layan laptop - Loya, Muntah, Sakit Badan..i'm pregnant again..;)
3. Perginya ayah tersayang..;(

rindu jugak nak membebel..
banyak benda yang dah terlepas..

antaranya..

1. kisah pregnant buat kali ke-3
2. besday my lil seri..bulan 7
3. besday saya sendiri....bulan 7
4. besday hafiey..bulan 9
5. Raya Aidilfitri 2012 at pontian..

cepatnya masa berlalu kan..?
sekarang dah bulan Oktober..
wah2 2 bulan ja lagi masuk tahun baru..

apapun insyaallah akan ada entry2 yang dah ketinggalan ni..
untuk kenang-kenangan..;)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Haii!! Saya A'isy Hafiey

Haii!! Saya A'isy Hafiey

Hai!! Saya Seri Nur Iman

Hai!! Saya Seri Nur Iman

Hai!! Saya Annur Aisyatul Afiqah

Hai!! Saya Annur Aisyatul Afiqah