salam semua..n selamat pagi..
esok dah raya!! saya masih diofis ler..
xpe tahun ni raya haji dikampung saya di kedah..
so..balik malam ni pon sempat..jimat cuti ler katakan..;)
raya ni kak long saya buat korban lagi seekor lembu..
murah rezeki dia..tiap2 tahun dapat buat korban..
so saya berkesempatan jugak untuk buat aqiqah untuk seri..
kesian anak ibu asyik tertangguh ja nak buat aqiqah..
so tahun ni harapnya setel n hope semuanya berjalan dengan lancar..
eh..lupa nak tanya..
apa pengorbanan yang korang semua lakukan?
saya plak?apa pengorbanan yang saya lakukan?
ermm..;)
harapnya berkorban ke arah kebaikan dan dapat memberi manfaat pada semua..
okeyler semua..
saya ucapkan selamat hari raya aidiladha!!!
bleh baca ni..saya copy n paste..;)
Amalan 10 Hari Pertama Zulhijjah
Berikut ini beberapa jenis ibadah yang disyariatkan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.
l. Melaksanakan Ibadah Haji & Umrah
Menunaikan sebaik-baik amalan iaitu ibadat haji dan umrah. Amal ini adalah yang paling utama, berdasarkan sebuah hadis;
Rasulullah SAW bersabda:
العمرة الى العمرة كفارة لمابينهما, والحج المبرور ليس له جزاء الا الجنة.
“Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di
antara kedua-duanya dan haji yang baik (mabrur) tiada baginya balasan
melainkan syurga.”
(Muttafaq alaih dari Abu Hurairah)
2. Berpuasa Pada Hari Arafah.
Berpuasa 1-9 Zulhijjah dan yang paling utama adalah pada tarikh ke-9,
iaitu puasa Hari Arafah bagi umat islam yang tidak sedang melaksanakan
ibadah haji. Puasa ini menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun
yang akan datang.
عن ابي قتادة قال: سئل رسول الله عن صوم يوم عرفة? فقال: يكفر االسنة الماضية و الباقية
Dari Abu Qatadah, ia berkata: Rasulullah SAWpernah ditanya perihal
berpuasa pada hari ‘Arafah. Maka Baginda menjawab, “Dapat menghapuskan
dosa-dosa setahun sebelum dan sesudahnya.” (HR. Imam Muslim)
3. Memperbanyak Zikir dan Takbir
Firman Allah SWT dalam Al-Hajj: 28:
و يذكر وا اسم الله فى أيام معلومت
“… Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan …” .
Para ahli tafsir menafsirkannya dengan 10 hari dari bulan Zulhijjah.
Kerana itu, para ulama menganjurkan untuk memperbanyak zikir pada
hari-hari tersebut.
4. Memperbanyakkan Membaca Tasbih, Tahmid, Takbir Dan Tahlil
Perbanyakkanlah bertasbih (Subhanallah), Tahmid (Alhamdu Lillah), Takbir (Allah Akbar) dan Tahlil (La Ilaha Illa Allah) .
Dari Ummu Hani ra dia berkata: “Suatu ketika Rasulullah SAW melalui
dihadapanku. Lalu saya berkata, “Ya Rasulullah SAW saya sudah tua dan
lemah. Beritahukanlah padaku suatu amalan agar dapat saya kerjakan
sambil duduk.” Baginda bersabda: “Bacalah Subhanallah 100 kali, itu
seimbang bagimu dengan memerdekakan 100 orang budak dari keturunan
Ismail. Bacalah Alhamdulillah 100 kali, itu seimbang bagimu dengan
mensedekahkan 100 ekor kuda yang bercahaya dan terkawal yang
disedekahkan di jalan Allah. Bacalah Allahu Akbar 100 kali, itu seimbang
bangimu dengan menyembelih 100 ekor unta yang dikorban dan diterima di
sisi Allah SWT. Dan bacalah Laa ilaaha illallah 100 kali.” Abu Khalfin
berkata aku kira pahalanya akan memenuhi antara langit dan bumi, dan
tidak ada yang melebihinya darimu kecuali orang yang mengamalkannya
melebihimu. (HR. Ahmad)
5. Bertaubat Dan Meninggalkan Segala Maksiat dan Dosa
Tidak ada satu manusia biasa pun yang terlepas dari dosa dan maksiat,
hal ini merupakan sunnatullah. Di antara yang dapat menghapuskan dosa
dan maksiat adalah dengan bertaubat dan istighfar. Rasulullah SAW
bersabda:
لو لم تذنبوا لذهب الله بكم و لجآء بقوم يذنبون ثم يستغفرون فيغفرلهم
“Seandainya kamu tidak pernah berbuat dosa, pastilah Allah membinasakan
kamu dan akan didatangkannya suatu kaum yang melakukan dosa, lalu
mereka beristighfar dan Allah pun mengampuni mereka.” (HR. dari Abu
Ayyub Al-Ansari)
6. Mengumandangkan Takbir
Bertakbir
pada hari-hari yang mulia di waktu siang atau malam terutama selepas
menunaikan solat fardu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi
mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji, takbir bermula dari Subuh
hari Arafah (9 Zulhijah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada
waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijah). Semuanya berakhir sehingga
waktu Asar pada hari 13 Zulhijah.
Disyariatkan pada hari-hari
tersebut untuk ‘Takbir Muthlaq’, iaitu pada bila-bila masa sampai
pelaksanaan Solat Sunat Aidil Adha.
Dan disyariatkan juga
‘Takbir Muqayyad‘, iaitu yang dilakukan setiap selesai solat fardhu
berjemaah. Bermula daripada Subuh Hari ‘Arafah hingga Asar akhir
hari-hari Tasyrik.
Adapun lafaznya:
الله اكبر الله اكبر (الله اكبر), لاإله الا الله, الله اكبر الله اكبر و لله الحمد
Imam Ishaq meriwayatkan bahawa fuqaha (ahli fikah) di kalangan tabien
(generasi selepas sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari itu “Allahu
Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar,
wa LillahI Hamdu”.
7. Mendekati Allah SWT
Sentiasa
melakukan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan
perintah dan menjauhi larangan-Nya serta mendekatkan diri kepada-Nya
semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.
8. Memperbanyakkan Berbuat Amalan Soleh
Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan sunat tambahan
seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca al-Quran, menyeru
kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya. Hal ini kerana
semuanya akan digandakan pada hari itu.
9. Melaksanakan Solat Sunat Aidil Adha
Menunaikan solat hari raya secara berjemaah dan mendengar khutbahnya.
•Nabi SAW selalu melakukan solat Aidil Adha di setiap kedua-dua hari
raya, secara berjemaah dan tidak pernah meninggalkannya sekalipun,
bermula dari disyariatkannya sampai beliau wafat.
•Baginda
memerintahkan kepada kaum kaum muslimin dan muslimat untuk turut
melaksanakannya, bahkan wanita yang sedang haid pun disarankan untuk
menghadiri tetapi tidak melakukannya.
10. Menyembelih Haiwan Korban
Mengerjakan amalan korban pada Hari Raya Haji dan Hari Tasyrik (11, 12
dan 13 Zulhijah). Ia adalah sunnah (amalan) Nabi Ibrahim AS selepas
Allah SWT mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya, Nabi Ismail AS
tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk
disembelih.
Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Tiada satu
amalan yang paling dicintai Allah SWT. daripada Bani Adam a.s ketika
Hari Raya Aidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya
haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk,
bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak
pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana
itu berbahagialah dirimu dengannya.” (Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah
dan Hakim.)
Begitu besar keutamaan 10 hari pertama bulan
Zulhijjah, semua amal soleh yang dikerjakan pada hari itu lebih dicintai
Allah daripada hari-hari yang lain. Jangan sampai disia-siakan peluang
ini… Maka marilah kita ikhlaskan niat dan perbanyakkanlah amal soleh
dengan mengikuti ibadah-ibadah yang disyariatkan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan