.:: Followers..Thanks ::.

Thanks Nuffnang

Rabu, 1 Februari 2012

Demam Denggi/Demam Denggi Berdarah


Demam Denggi..
penyakit berjangkit yang agak sukar dibendung..
antara kerja utama bagi seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran(PPKP) macam saya..
kiranya macam petugas barisan hadapan yang memerangi Demam Denggi ni..
Unit Vektor yang akan menguruskan Demam Denggi/Demam Denggi Berdarah(DD/DDB)..
ada banyak lagi unit lain sebenarnya..
antaranya..
Unit Kawalan Penyakit Berjangkit
menguruskan penyakit berjangkit yang lain macam tifoid, HIV/AIDS,Tibi.
Unit Keselamatan Dan Kualiti Makanan
menguruskan Premis Makanan/Sekolah,Persampelan Makanan,Sijil Kesihatan Eksport.
Unit Kesihatan Pekerjaan/Promosi Kesihatan
menguruskan Banjir, Bencana Alam dan Promosi Kesihatan
Unit Inspektorat dan Perundangan
menguruskan penguatkuasaan rokok dll.
Unit Kualiti Air dan Bakas
menguruskan berkaitan air mentah dan projek luar bandar.
hmmm..serba ringkas tentang tugas PPKP..

 okey..back to DD/DDB..;)
macam2 terpaksa dihadapi..
kalau ada kejadian wabak alamatnya kerja siang malam la..
xcukup kakitangan minta bantuan pejabat kesihatan lain plak..
jom kita baca pasal DD/DDB ni..

kalau nak tahu tentang penyakit lain lawat la Portal Rami Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dapatkan maklumat..http://www.moh.gov.my

 

  Demam Denggi 

 

  
Pengenalan


Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4)
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Lebih 100 negara di Asia selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.


Tanda-tanda dan gejala
  •  Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, , sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan di kalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.

Pemastian Diagnosa Penyakit

Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).
Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk.
Rawatan
  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun


Demam Denggi Berdarah

Merupakan Demam Denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.
Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.
Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Tiada ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.
Faktor Penyumbang
Intravena:
  • Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak
  • Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru
  • Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat


Pencegahan

Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.

Elakkan gigitan nyamuk dengan:
  • Gunakan ubat nyamuk
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan ?repellent? jika perlu Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi ? 8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam)
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang bila keluar rumah
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besin, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan
Untuk Maklumat lanjut
  • Sila berjumpa Pegawai Perubatan atau Pakar Pediatrik
  • Pejabat Kesihatan berhampiran
  • Klinik Kesihatan berhampiran
  • Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit melalui laman web, www.dph.gov.my atau telefon : 03-8883 3888


Rujukan
  1. Dengue and Dengue Haemorrhagic Fever Fact Sheet , Center for Disease Control and Prevention, Puerto Rico.
  2. Dengue Fever , Center for Disease Control and Prevention, Puerto Rico.
  3. Dengue, DHPE Publications.
  4. Dengue fever, Wisconsin Department of Health and Family Services.
  5. Disease fact sheet : Dengue and Dengue Haemorrhagic Fever, World Health Organization.
  6. Dengue Fever/Dengue Haemorrhagic Fever, World Health Organization
  7. Clinical Diagnosis and Assessment of Severity of Confirmed dengue Infection in Vietnamese Children : Is the WHO classification system helpful ? Cao Xuan Thank Phuong et al., Am. J. Trop. Med. Hyg., 70(2),2004,pp 172-179.
  8. Dengue Fever, U.S. Army Center for Health Promotion and Preventive Medicine, Maryland.



 okey..nanti cerita plak pasal topik DD/DDB ni dari segi kebersihan bersama lak..
semua ni tangungjawab bersama sebenarnya..
bukannya tanggungjawab Pihak Kesihatan dan PBT saja..




1 ulasan:

khairul anuar rahmad berkata...

JENGJENGJENG...best oo keje Inspektor nih..lalalala..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Haii!! Saya A'isy Hafiey

Haii!! Saya A'isy Hafiey

Hai!! Saya Seri Nur Iman

Hai!! Saya Seri Nur Iman

Hai!! Saya Annur Aisyatul Afiqah

Hai!! Saya Annur Aisyatul Afiqah